Saturday, November 13, 2010

SK. Chabang Empat Kedua Terbaik

Keputusan UPSR yang diumumkan pada 11 November 2010(Khamis) membuktikan usaha gigih Guru-Guru dan Murid-Murid Tahun Enam menghasilkan hasil yang memberangsangkan.Pihak sekolah sebelum ini,hanya menyasarkan 40 orang murid dari 153 orang murid tahun enam(6) yang menduduki peperiksaan lalu mendapat 5 A,tapi pihak sekolah dikejutkan dengan peningkatan dan jumlah yang mendapat 5A telah melangkau sasaran yang telah ditetapkan oleh Pihak Sekolah.Sk Chabang Empat(4) berjaya mendapat 50 orang dari 153 orang muridnya mendapat 5A,ini sesuatu keputusan yang tidak disangka-sangka.Sekolah juga telah mendapat kedudukan tempat kedua dari keseluruhan sekolah di kawasan PPD TUMPAT.Semoga kejayaan ini dapat diulangi lagi pada tahun depan.InsyAllah.Amin.

Dibawah adalah keratan akhbar mengenai kejayaan sekolah(sinar harian 13 November 2010)

No comments:

Post a Comment