Saturday, May 22, 2010

HARI GURU 2010

 Pada 16hb MEI 2010,Sekolah Kebangsaan Chabang Empat telah membuat sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Chabang Empat.Tema pada tahun ini adalah "Guru Pembina Negara Bangsa".
Berikut adalah gambar di sekitar Hari Guru:



BACAAN IKRAR HARI GURU


PEMBERIAN HADIAH UNTUK SETIAP GURU


PERLAWANAN FUTSAL


AKTIVITI PAKAIAN BERAGAM OLEH GURU-GURU SKCE

Saturday, May 8, 2010





Dari Abu Hurairah R.A. katanya "seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, Ya Rasulullah, siapakah dari keluargaku yang paling berhak dengan kebaktianku yang terindah? Jawab baginda, "Ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu, kemudian yang terdekat kepadamu, yang terdekat". Salam hari ibu. Moga Allah SWT memberi kebahagian kepada semua pengorbanan ibu, anak dan seluruh keluarga.

Monday, May 3, 2010

UJIAN SARINGAN PERTAMA PERMATApintar UKM1 verso 2010 secara online


Bermula dari awal bulan April,murid-murid tahun 2 hingga tahun 6 Sekolah Kebangsaan Chabang Empat diwajibkan menyertai Ujian ini, dimana ujian ini disasarkan 100% penyertaan oleh murid-murid SKCE.Ujian ini sebenarnya bermula 1 MAC dsehingga 31 MEI 2010.

Ujian ini dijalankan diatas  talian melalui sesawang http://www.permatapintar.edu.my. Dibawah sedikit maklumat mengenai Ujian Saringan Permata Pintar UKM1:


Ujian PERMATApintar UKM1 bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, cybercafé atau dimana sahaja terdapat capaian internet. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.
1. Perkhemahan PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun)
2. Perkhemahan PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8-12 tahun)
3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).
Keperluan system:
1. Komputer dan tetikus
2. Capaian internet yang stabil
3. Pelayan Internet (Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari dan Google Chrome)
Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain, kamus, media elektronik dan sebagainya semasa mengambil ujian saringan ini, dan setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar akan diminta memasukkan biodata mereka sebelum memulakan ujian saringan ini.
*Nota:
1. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibubapa/penjaga sahaja.
2. Ujian ini boleh diberhentikan dan disambung semula ke mukasurat terakhir anda.
3. 
Jika talian internet anda terputus anda akan dibawa ke mukasurat permulaan dan anda perlu memasukkan MYKAD/MYKID/Surat Beranak# untuk ke mukasurat terakhir anda.