Sunday, October 31, 2010

Majlis Khatam Al-Quran SKCE 28102010

Pada 28hb Oktober 2010 lalu,telah berlangsung Program Khatam Al-Quran di mana ia melibatkan pelajar Tahun 6 dan juga murid pertama di bawah program J-Qaf yang bermula pada tahun 2005 iaitu pada 6 tahun yang lepas dimana ketika itu murid-murid ini berada di Kelas Satu(1).Program ini di hadiri oleh Pegawai Perhubungan dari PPD Tumpat.Majlis dimulakan dengan perarakan masuk Dif VIP ke Majlis dengan diarak oleh murid-murid sepanjang jalan di dalam Sekolah menuju ke Dewan dimana majlis berlangsung...Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Guru Besar SKCE iaitu Tuan Che Awang Bin Che Amat dan disusuli Ucapan dari Wakil PPD tumpat.Program diteruskan lagi dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Iman Masjid Chabang Empat, Iman Kg.Talak,dan Ustaz Izani.



No comments:

Post a Comment